Tuesday 15 March 2011

tatu

assalamualaikum n salam sejahtera..





Kali n ak nk share ngan korang sedikit sebanyak ape yang  dimiliki oleh sebilangan penduduk Sarawak n jarang dilihat dinegeri laen iaitu berTATU..(kebanyakan dimiliki oleh bangsa iban n bidayuh)
TATu berasal dari perkataan Tahiti yang bermaksud melakar sesuatu..suatu ketika dahulu.lelaki iban akan mencach  tatu berbintik kecil di lengan dipanggil tegulan,yg menandakan mereka pernh memenggal kepala musuh..
Dalam adat lama orang iban,setiap ukiran tatu daripada motif tertentu dipercayai akan menjadi lampu ketika kematian,lampu atau sedayan yang berpunca daripada tatu ditubuh pemakainya akan menerangi pemiliknya di dalam kubur..

Corak2 n mksud tatu iban.


Motif dan corak tatu orang Iban adalah banyak dipengaruhi oleh bentuk haiwan mitos , alam semula jadi dan corak flora seperti daun . Corak berdaun ini dibuat untuk tujuan menyamar dalam hutan semasa peperangan antara puak . Contoh corak tatu yang cacah biasanya merupakan corak naga , burung enggang dan anjing syaitan . Motif-motif dan corak-corak tatu kebanyakannya berdasarkan haiwan mitos dan haiwan yang telah menolong mereka dalam waktu kesusahan atau pun di waktu senang .

Corak tatu yang paling terkenal dalam kalangan kaum Iban ialah “ kelingai “ sempena dengan nama pahlawan agung Iban,Keling sangat banyak mempengaruhi corak tatu kerana pesanannya kepada orang Iban, corak sesuatu tatu tidak boleh dibuat sembarangan kerana perlu ada maksud dan tujuannya.

Antara corak tatu yang paling terkenal ialah “ bungai terung” .Tatu ‘bungai terung’ ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang empunyai tatu bungai terung kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga. Tatu ini akan memberi kekuatan kepada bahu kerana dipercayai segala aktiviti dan beban yang berat akan dipikul pada bahu. Di tengah ‘bungai terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yan mengembara.

Corak tatu “ lengan ketam “ juga amat terkenal dan diminati kerana keunikannya seperti simbol naga atu naga berkepala dua . Tatu ini dicacah pada bahagian lengan dan disertakan dengan corak perut naga yang berbeza-bea bergantungkepada mimpi yang dialaminya .Tatu ini membawa erti kekuatan pada bahagian belakang ketam untuk melindungi diri dari semangat jahat, pisau dan juga manusia. Pada masa dahulu mereka yang mencacah tatu ini telah meletakan ilmu sihir di dalam dakwat untuk melindungi diri daripada pisau yang tajam kerana ilmu sihir merupakan budaya lama orang Iban dan terdapat banyak kepercayaan bahawa terdapat semangat yang akan membantu pemilik tatu tersebut...


tatu bunga terung n cara penghasilannya

Alat asas yang digunakan untuk mencacah tatu ini ialah pemegang kayu dan jarum . Jarum diikat pada hujung pemegang kayu tersebut . Dalam proses pembuatan tatu ini ,pukulan ringan akn dilakukan pada permukaan kulit dengan jarum telah dicelup pada dakwat bagi menghasilkan corak tatu .


Pembutan tatu secara tradisional pula mengunakan dakwat yang diperbuat daripada jelaga yang direbus dalam air tebu untuk beberapa jam . Selepas itu ia akan dibiarkan beberapa hari untukmengalami proses penapaian , cara ini dilakukan untuk memelihara ketahanan dakwat yang telah dihasilkan . Orang Iban menamakan dakwat yang diperbuat dengan cara ini dengan ialah “ alung “ . 

tatu naga



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...